fbpx

Senarai pemenang Liga Fantasi Kosmo! GW1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saingan Liga Fantasi Kosmo! minggu pertama (GW1) berakhir sebaik sahaja tamatnya saingan aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) melibatkan Tottenham Hotspur menentang Manchester City pada awal pagi semalam.

Lebih 5,000 peminat Fantasy Premier League (FPL) sudah mendaftar menyertai Liga Fantasi Kosmo! dengan persaingan cukup sengit.

Selepas panel pemilihan Kosmo! melakukan semakan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan, lima pemenang dengan jumlah mata tertinggi mingguan akan menerima hadiah RM200 setiap seorang.

Para peserta Liga Fantasi Kosmo! yang mahu mengetahui senarai pemenang hadiah mingguan perlu mendapatkan akhbar Kosmo! esok (Selasa).

Pemenang yang tersenarai itu perlu menghubungi Media Mulia Sdn. Bhd. di talian 03-7455 6488/6439 dalam minggu ini untuk proses menuntut hadiah kemenangan masing-masing.

Kepada pembaca Kosmo! yang terlepas peluang menyertai GW1, peluang untuk anda sertai Liga Fantasi Kosmo! masih terbuka dan boleh berbuat demikian dengan mengikuti platform media sosial Kosmo!. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI