fbpx

Presiden Afghanistan larikan diri untuk elak pertumpahan darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashraf tidak mendedahkan lokasi sebenar beliau berada buat masa ini. – AFP

KABUL, AFGHANISTAN – Presiden Ashraf Ghani melarikan diri dari Afghanistan untuk mengelakkan daripada berlakunya pertumpahan darah, lapor akhbar The Sun semalam.

Ashraf yang tidak mendedahkan lokasi sebenarnya buat masa ini berkata, beliau percaya lebih ramai pejuang Afghanistan akan mati dan Kabul bakal musnah sekiranya beliau kekal berada di negara itu.

“Taliban telah menang dan kini bertanggungjawab ke atas kehormatan, harta benda dan hak asasi rakyat  Afghanistan.

“Saya berdepan pilihan sukar iaitu antara berperang dengan pejuang  Taliban atau meninggalkan negara tercinta yang telah saya curahkan bakti untuk melindunginya sejak  20 tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Ashraf dilaporkan meninggalkan Kabul dan menuju ke Tajikistan, 24 jam selepas beliau menyampaikan ucapan kepada penduduk Afghanistan dan berharap untuk terus berjuang buat negara itu.

Kemaraan pantas tentera Taliban memaksanya untuk meninggalkan Afghanistan.

Taliban sebelum itu menuntut agar Ashraf meletak jawatan sebagai sebahagian daripada rundingan untuk memastikan peralihan kuasa secara aman apabila mereka memasuki  Kabul bagi mengelakkan sebarang kekacauan dan pertumpahan darah di ibu kota tersebut.

Kumpulan  Taliban telah menguasai bandar Kabul selepas kerajaan Afghanistan tumbang pada kelmarin dan mengisytiharkan ‘kemenangan’ mereka selepas hanya 10 hari pertempuran.

Situasi itu mengejutkan dunia kerana kemaraan kumpulan Taliban yang pantas, beberapa minggu selepas tentera Amerika Syarikat, Britain dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meninggalkan negara itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI