fbpx

Penjawat awam perlu bertugas seperti biasa – KPPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairul Adib

PUTRAJAYA – Penjawat awam di seluruh negara perlu melaksanakan tanggungjawab seperti biasa walaupun negara berdepan perubahan landskap politik ketika ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, perubahan landskap politik semasa tidak sewajarnya mempengaruhi perjalanan penyampaian sistem perkhidmatan awam.

Beliau berkata, perkhidmatan awam adalah jentera dalam sistem pentadbiran negara dan ianya perlu ditadbir urus bagi membolehkan dasar dan program negara berjalan dengan lancar.

“Semua penjawat awam adalah diingatkan supaya tidak terlibat dengan polemik politik
semasa.

“Kita perlulah sentiasa berpegang kepada prinsip neutral dan tidak berpolitik. Kesetiaan penjawat awam adalah kepada raja, negara dan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI