fbpx
SEBAHAGIAN hasil karya pelajar Unisel yang dipamerkan secara maya menerusi Cetus 2021.

Kreativiti seni pelajar cerminan kejayaan masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

UNTUK meneruskan kecemerlangan dan bakat seni kreatif yang ada pada pelajar Universiti Selangor (Unisel), Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FKSVP) menganjurkan pameran dikenali Cetus 2021 secara dalam talian.

Ia melibatkan pelajar semester akhir Diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada tiga jabatan di FKSVP iaitu Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran.

Sebanyak 336 hasil kerja pelajar dipamerkan menerusi Cetus 2021 dan ia adalah yang terbanyak dalam sejarah penganjurannya kerana menggabungkan dua semester.

Penganjuran pameran itu juga merupakan salah satu usaha mewujudkan ikon fakulti seperti yang disarankan oleh pihak pengurusan tertinggi Unisel.

———————————————————————————————————————————————————————————————————————–

BAGI mencungkil idea dan inovasi pelajar dalam jurusan diambil, pihak Universiti Selangor (Unisel) menganjurkan pameran dikenali sebagai Cetus 2021.

Pameran anjuran Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FKSVP) itu memasuki penganjuran kali keempat dan kedua secara online memandangkan negara masih bergelut
dengan pandemik Covid-19.

Pameran itu melibatkan pelajar semester akhir Diploma dan Ijazah Sarjana Muda daripada tiga jabatan di FKSVP iaitu Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran.

Antara jurusan terlibat dalam Cetus 2021 adalah Komunikasi Korporat, Fotografi, Grafik, Multimedia, Sains Komputer, Perisian dan Sistem Maklumat.

Pensyarah FKSVP yang juga Pengarah Projek Cetus, Azira Azlin Shaharuddin berkata, pameran tersebut merupakan platform untuk mempamerkan idea dan inovasi pelajar universiti itu.

Katanya, hasil kerja yang diketengahkan pada Cetus 2021 adalah kreativiti dan inovasi pelajar dalam kursus Projek Tahun Akhir pada semester November 2020 dan April 2021.

“Sebanyak 336 hasil kerja pelajar dipamerkan menerusi Cetus 2021. Ia merupakan yang terbanyak dalam sejarah penganjuran pameran ini kerana menggabungkan dua semester.

“Penganjuran Cetus juga merupakan salah satu usaha kami mewujudkan ikon fakulti seperti yang disarankan oleh pihak pengurusan tertinggi Unisel,” katanya ketika ditemu bual baru-baru
ini.

SEORANG pelajar membentangkan hasil inovasinya secara online untuk dinilai oleh juri.

Cetus 2021 dirasmikan oleh Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman secara dalam talian.

Pameran berkenaan diberi nama Cetus memandangkan ia membawa maksud menimbulkan atau menerbitkan serta terjadinya sesuatu objek.

Ia menjadi simbol terjadinya atau terbitnya idea kerja mahu pun inovasi daripada pelajar Unisel. Pameran Cetus dilaksanakan dengan jayanya pada Julai 2019, Februari 2020 serta November 2020.

Azira Azlin memaklumkan, salah satu kebaikan pameran itu berlangsung secara online adalah, lebih ramai orang dapat melihatnya termasuk pelajar vokasional serta diploma di luar sana.

“Ia juga dapat membantu mengetengahkan idea kreatif pelajar FKSVP kepada masyarakat dan sumbangan bidang masing-masing ketika era pandemik Covid-19,” ujarnya.

Menariknya, hasil idea dan kerja para pelajar tersebut bukan sahaja dipamer, malah dinilai dan pemenang akan diberi pingat emas, perak dan gangsa bagi

Menurut Azira Azlin lagi, seramai lapan orang juri profesional dari luar telah dijemput bagi menilai hasil kerja pelajar terbaik untuk diangkat sebagai pemenang.

“Satu sesi penilaian hasil kajian, inovasi serta kreativiti pelajar telah diadakan secara maya pada 19 Julai sehingga 6 Ogos lalu. Ia melibatkan juri dari dalam dan luar Unisel,” katanya.

Salah seorang pelajar Diploma Fotografi yang juga peserta pameran, Nurul Natasha Azhar, 21, berkata, Cetus telah memberi peluang kepadanya untuk berkarya dengan lebih kreatif
menggunakan kamera.

Katanya, dia memilih Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebagai tema untuknya berkarya dengan mengetengah gambar-gambar aktiviti masyarakat dan suasana sekitar pada masa penuh mencabar ini.

SALAH satu hasil kerja yang inovatif dan kreatif pelajar Unisel.

“Bagi pameran Cetus 2021, karya saya menampilkan imej orang ramai membuat pembelian panik di pasar raya dan kedai, ujian calitan, sekatan jalan raya dan suasana bandar yang sunyi.

“Saya rasa sangat sukar bagi saya memenangi pingat yang ditawarkan pada pameran ini.

“Ini kerana, saya rasa ramai pelajar yang merakam gambar lebih bagus daripada saya,” ujar pelajar berasal dari Selayang, Selangor itu.

Dalam pada itu, pameran itu dapat diakses oleh orang ramai di www.cetus. fcvac.unisel.edu. Sempena Cetus 2021 juga, satu webinar bertajuk Cabaran Industri di Kala Pandemik turut diadakan.

Webinar tersebut menampilkan beberapa alumni Unisel daripada setiap jabatan untuk berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi mereka sebagai pengamal industri.

Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada peserta Cetus yang juga pelajar tahun akhir mengetahui situasi sebenar mereka di lapangan kerja selepas menamatkan pengajian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN