fbpx

Kemenangan ‘gila’ Binder di GP Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINDER mencipta kejutan menjuarai GP Austria di Litar Red Bull Ring malam tadi. – AFP

SPIELBERG – Tuah nyata memihak kepada pelumba pasukan Red Bull KTM, Brad Binder apabila dia berjaya memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring malam tadi.

Hujan lebat pada penghujung perlumbaan nyata membawa tuah buat pelumba dari Afrika Selatan itu apabila mendahului saingan selepas sebahagian besar pelumba masuk ke hentian pit untuk menukar jentera.

Bagaimanapun, Binder tidak menghiraukan hujan lebat tersebut dan meneruskan baki tiga pusingan terakhir sekali gus me­mimpin saingan untuk menamatkan aksi sebagai pemenang.

Binder mengakui terpaksa berdepan kesukaran untuk menstabilkan jentera menyebabkan dia terpaksa menampilkan tunggangan penuh berhati-hati ­biarpun ada beberapa ketika dia hampir ter­babas ke luar trek.

“Saya akui ia sangat menakutkan untuk berlumba dengan tayar slick dalam keadaan litar basah. Apabila hujan mulai turun, saya cuba membuat pertaruhan de­ngan tidak masuk menukar jentera dan ia nyata berbaloi.

“Secara jujur, saya cuba kerah jentera ke tahap maksimum tetapi keadaan litar sangat licin. Kemenangan yang sangat berharga kerana kami berlumba di laman sendiri. Ia satu perlumbaan yang gila,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Dalam pada itu, pelumba Ducati, Francesco Bagnaia me­lakukan aksi ‘gila’ ketika pusi­ngan terakhir apabila memecut laju dalam keadaan litar basah untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Mengiringi Binder dan Bagnaia di podium adalah pelumba pasukan Pramac Racing, Jorge Martin yang menjuarai GP Styria di litar sama minggu lalu.

Sementara itu, pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo masih kekal mendahului senarai kejuaraan dengan 181 mata selepas menamatkan perlumbaan pada tempat ketujuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI