fbpx

70 maut, puluhan masih hilang selepas banjir di Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS penyelamat mencari mangsa di celah-celah serpihan selepas banjir kilat surut di bandar Bozkurt, rantau Laut Hitam semalam. - AFP

ISTANBUL, Turki – Seramai 70 orang terkorban dan 47 yang lain masih hilang selepas banjir kilat melanda rantau di pesisir Laut Hitam  minggu lalu, kata beberapa pegawai hari ini.

Angka korban terus meningkat sepanjang hujung minggu lalu selepas pasukan menyelamat menyelongkar serpihan yang ditinggalkan setelah banjir  di kawasan paling teruk terjejas surut.

Lebih 40 buah kampung masih terputus bekalan elektrik, manakala sebilangan kawasan tiada bekalan air, demikian menurut perkhidmatan pengurusan bencana dan kecemasan.

Pasukan-pasukan kecemasan turut mendirikan pemancar telefon bimbit sementara untuk membantu komunikasi.

Kemusnahan akibat banjir di rantau utara Turki itu berlaku ketika negara itu berjaya mengawal beratus-ratus kebakaran hutan yang meragut lapan nyawa dan memusnahkan kawasan hutan luas di selatan negara itu.

Pada Sabtu lalu, lima petugas Rusia dan tiga warga Turki terbunuh apabila pesawat pemadam api Rusia yang mereka naiki terhempas di kawasan pergunungan di selatan negara itu.

Sementara itu, saintis-saintis berkata, bencana alam seperti kebakaran hutan dan banjir menjadi semakin buruk serta  kerap akibat impak pemanasan global yang berpunca daripada  pencemaran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI