fbpx

Mesyuarat Khas Kabinet akan diadakan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Khairuddin.

PETALING JAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali mengesahkan satu Mesyuarat Khas Kabinet akan diadakan esok.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu bagaimanapun enggan mendedahkan perincian lanjut mengenai mesyuarat berkenaan yang dijangka dimulakan pada pukul 10 pagi.

Justeru, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata pihaknya akan meneliti hasil Mesyuarat Khas Kabinet itu sebelum menetapkan sebarang keputusan lanjut.

“Ketika ini pendirian Pas masih bersama untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Parlimen parti dan majlis syura berkenaan, semalam.

“Kita menegaskan dasar parti iaitu mempertahankan PN dan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN). Pas kekal menjadi jambatan antara dua parti besar Melayu…Pas dan UMNO serta menjadi jambatan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI