fbpx

101 kematian luar hospital, tertinggi pernah dicatat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) merekodkan angka tertinggi sejak pandemik melanda negara dengan 101 kes daripada keseluruhan 282 kes  kematian hari ini menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 mencecah 12,510 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan terus meningkat kepada 247,261 kes termasuk 1,059 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 526 kes memerlukan bantuan pernafasan serta sebanyak 16,945 kes sembuh dicatatkan.

Beliau berkata, daripada jumlah kes 20,546 kes hari ini sebanyak 373 kes (1.8 peratus) kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 20,173 kes (98.2 peratus) kategori satu dan dua.

Menurutnya, secara keseluruhan, 17,802 kes (86.64 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Justeru, dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan di dalam negara, terutamanya kes di kategori tiga hingga lima,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI