fbpx

TNB peruntuk RM120 juta untuk biasiswa, pinjaman pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN) memperuntukkan RM120 juta bagi tajaan biasiswa dan tajaan pinjaman pendidikan boleh ubah kepada 331 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tahun ini.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dari keseluruhan RM120 juta itu, TNB memperuntukkan RM35 juta dalam bentuk biasiswa kepada 120 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Menurut beliau, pelajar terbabit telah membuktikan bahawa mereka mampu mendapat keputusan yang cemerlang meskipun berdepan situasi pembelajaran dalam talian.

Jelas beliau, tajaan biasiswa penuh itu merangkumi elaun sara hidup, yuran pengajian, kos pembelian komputer peribadi, buku dan lain-lain keperluan

“Mereka ini melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan, data sains dan analitik, sains komputer, perakaunan dan pengajian perniagaan. Penerima biasiswa ini dipilih daripada sejumlah 8,400 pemohon di seluruh negara yang mengemukakan permohonan untuk biasiswa YTN.

“Seramai 100 penerima biasiswa YTN itu akan melanjutkan pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), manakala baki 20 pelajar akan melanjutkan pengajian di universiti luar negara,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Mahdzir berkata, pelajar terbabit berpeluang menjadi warga kerja TNB selepas tamat pengajian untuk menjadi pemimpin pelapis menerajui TNB pada masa depan.

Terdahulu, menurutnya, YTN memperuntukkan RM1 juta bagi pembiayaan seorang pelajar sepanjang tempoh pengajian di universiti luar negara, manakala RM120,000 hingga RM140,000 bagi pembiayaan pengajian seorang pelajar di UNITEN. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI