fbpx

Masjid beroperasi sebaik semua pegawai lengkap divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azman (kiri) menyampaikan sumbangan kepada peniaga terjejas secara pandu lalu di Pejabat Maik, hari ini. / FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan membuka pintu masjid di seluruh negeri ini kepada orang ramai selepas semua pegawai masjid termasuk imam muda, imam tua, siak dan bilal selesai menerima dua dos vaksin Covid-19.

Ketua Pegawai Pembangunan Maik, Mohd. Azman Ghazali berkata, setakat ini, hampir 80 peratus daripada 1,800 pegawai masjid di negeri ini sudah lengkap suntikan vaksin manakala selebihnya dijangka akan selesai hujung bulan ini.

Katanya, selepas semua pegawai divaksin, orang ramai yang sudah lengkap dua dos Covid-19 akan diberi keutamaan untuk menunaikan solat di masjid apabila dibuka kelak.

“Insya-Allah, apabila semua pihak terutama pegawai masjid selesai menerima suntikan, kita akan buka masjid sepenuhnya mengikut kapisiti dan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Maik berharap semua pihak bersabar dan menunaikan ibadah seperti biasa di rumah. Buat masa ini, nyawa orang ramai menjadi keutamaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Prihatin Maik bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang turut dihadiri pengerusinya, Pui Tiong Lam di pekarangan Pejabat Maik di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Azman menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang tunai kepada 58 peniaga kecil yang terjejas punca pendapatan secara pandu lalu.

Sebelum ini, Maik mengeluarkan arahan hanya empat orang kakitangan dibenarkan untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di masjid serta surau seluruh negeri ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI