fbpx

Bergelar pengarah, Hairul Azreen tidak kisah dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Ada Hantu menampilkan debut Hairul selaku pengarah.

PETALING JAYA – Bergelar pengarah buat kali pertama menerusi filem Ada Hantu, pelakon Hairul Azreen tidak kisah andai karyanya dikritik penonton.

Hairul yang berpengalaman lebih sedekad sebagai pelakon menyedari hakikat bahawa bukan semua orang suka dengan apa dilakukannya.

Sebelum filem Ada Hantu ditayangkan, Hairul terlebih dahulu dikritik kerana poster filem tersebut yang disuntingnya sendiri diklasifikasikan sebagai amatur dan kurang berkualiti.

“Sebenarnya apa sahaja yang kita buat pasti akan dikritik. Bagi saya kita jangan berhenti untuk buat yang terbaik. Jika mendengar cakap orang, saya tidak akan hasilkan satu filem pun.

“Saya tahu tidak semua orang suka dengan kerja kita, saya cuba lakukan yang terbaik untuk naikkan martabat filem Malaysia,” ujarnya yang ditemubual pada sidang akhbar secara virtual filem Ada Hantu
baru-baru ini.

Terkenal sebagai pelakon filem aksi antaranya menerusi Paskal dan Wira, keputusan Hairul untuk muncul dengan sebuah karya seram sebagai buah tangan pertamanya selaku pengarah agak mengejutkan peminatnya.

Namun, suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu mempunyai alasan tersendiri apabila memilih genre seram sebagai karya pertamanya.

“Semua orang tahu Malaysia dan Indonesia popular dengan kisah-kisah hantu. Jadi, cerita hantu memang cukup sinonim denga masyarakat kita. Oleh sebab itu, saya rasakan genre seram sangat sesuai untuk saya tampilkan pada tahun 2021.

“Walaupun sudah banyak cerita seram sebelum ini, saya boleh janjikan ada kelainan dengan filem Ada Hantu,” ujar Hairul yang turut berlakon sebagai Talha dalam filem tersebut.

Selain cabaran sebagai pengarah buat kali pertama, menurut Hairul perkara paling sukar adalah untuk meyakinkan Zahiril Adzim menerima tawaran lakonan filem Ada Hantu.

Selain terlalu kerap melakonkan filem bergenre seram, Zahiril juga terkenal sebagai pelakon yang memilih skrip.

“Bukan senang mahu Zahiril bersetuju untuk berlakon dalam filem ini. Dia tanya adakah saya tahu mengarah atau tidak? (ketawa).

“Apapun saya berterima kasih kepada semua barisan pelakon kerana meletakkan kepercayaan kepada saya. Saya sedar saya masih terlalu baru dalam bidang pengarahan,” kata Hairul tentang filem yang merupakan idea asal pengarah filem Paskal, Adrian Teh.

Filem Ada Hantu lakonan Hairul, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi dan Elvina Chua itu telah mula ditayangkan secara eksklusif di platform Disney+ Hotstar bermula 13 Ogos. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI