fbpx

Orang tengah atur dapatkan tender dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang berusia 60 tahun ditahan reman SPRM bagi membantu siasatan selepas disyaki menjadi orang tengah kepada Datuk Bandar sebuah BPT di negeri Johor.

JOHOR BAHRU – Seorang bekas penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai bersekongkol dengan Datuk Bandar sebuah daerah di negeri ini untuk melakukan kegiatan rasuah di pihak berkuasa tempatan tersebut.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor pada pukul 9 malam semalam untuk membantu siasatan.

Menurut kenyataan tersebut, suspek dipercayai bertindak selaku orang tengah antara Datuk Bandar berkenaan dengan pihak kontraktor.

“Hasil siasatan dijalankan mendapati suspek telah bertindak sebagai orang tengah kepada Datuk Bandar bagi mendapatkan wang rasuah daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan meluluskan kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor.

“Kegiatan tersebut dipercayai dilakukan mereka bagi projek-projek yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam tahun 2020 dan 2021,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Rabu lalu, Datuk Bandar sebuah PBT dikenakan tahanan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah ketika beliau menjawat jawatan Datuk Bandar PBT yang lain.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Mohd. Zulhilmi Ibrahim selepas SPRM membuat permohonan berkenaan.

Beliau yang juga berusia 60 tahun itu didakwa telah menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek-projek yang dilaksanakan di bawah kendalian PBT sewaktu menjadi Datuk Bandar.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI