fbpx

Mohd. Noorazam Osman Datuk Bandar JB baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Noorazam dilantik sebagai Datuk Bandar Johor Bahru yang baharu berkuatkuasa semalam.

JOHOR BAHRU – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Datuk Mohd. Noorazam Osman telah dilantik sebagai Datuk Bandar Johor Bahru yang baharu, semalam.

Mohd. Noorazam berkata, pihaknya telah menerima surat pelantikan untuk mengemudi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Betul, saya telah terima surat pertukaran jawatan itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada pukul 3.30 petang semalam.

“Saya jangka mula memasuki pejabat pada Ahad ini,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Kekosongan jawatan ditinggalkan Noorazam di KPRJ dipercayai akan digantikan Pengarah Urusan PIJ Holdings, Datuk Ramlee A. Rahman.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Datuk Bandar sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan reman selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah ketika beliau menjawat jawatan Datuk Bandar di PBT yang lain. -K! ONLINE

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI