fbpx

Kakitangan KKM mati mengejut di pusat kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tidak sedarkan diri di sebuah bilik rehat sebuah hotel malam tadi, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah yang mengesahkan kes itu berkata, mangsa yang berasal dari Mukah terbabit adalah pembantu perubatan berusia 28 tahun yang baru ditugaskan ke pusat kuarantin sejak 2 Ogos lalu.

“Pihak polis menerima maklumat awal berkenaan seorang kakitangan KKM yang bertugas di pusat kuarantin di kawasan King Centre Kuching ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik rehatnya di Tingkat 2 pada pukul 7.07 malam.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dan tiada sebarang kesan pecah masuk atau kehilangan barangan milik si mati.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa juga tidak menemui sebarang kecederaan dialami oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahsmon turut berkata bahawa mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih kurang tujuh jam sebelum ianya disedari oleh rakan sekerja si mati.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk saringan Covid-19 dan bedah siasat.-K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI