fbpx
PENTING untuk memilih inap desa yang terletak berdekatan lokasi menarik yang anda ingin kunjungi.

Tip pilih inap desa untuk bercuti ketika pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KERAJAAN telah memberi kelonggaran kepada mereka yang lengkap dua dos suntikan vaksin di negeri yang berada di Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara untuk bercuti dalam negeri.

Ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada orang ramai yang selama ini terkurung di rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikenakan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang masih ‘mengganas’ hingga kini.

Bagi mereka yang berhasrat untuk bercuti bersama keluarga, Horizon memberikan tip yang boleh dijadikan panduan bagi memilih inap desa yang bersesuaian dengan bajet.

———————————————————————————————————————————————————————————————————————–

 

 

BERMULA 10 Ogos lalu, kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan di dalam negara kepada individu
yang melengkapkan dua dos vaksin.

Bagaimanapun, kebenaran tersebut hanya untuk negeri-negeri yang berada di Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara dan seterusnya.

Bagi menjamin keselamatan, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pengusaha pelancongan dan
pengunjung, selain pematuhan prosedur operasi standard ditetapkan.

Ini sedikit sebanyak dapat merancakkan aktiviti pelancongan, sekali gus membantu pengusaha tempat
penginapan yang terjejas sejak ditutup pada 1 Jun lalu.

Salah satu tempat penginapan yang dijangka menjadi pilihan ramai pada waktu ini untuk bersantai bersama keluarga adalah inap desa.

Ia menawarkan lebih privasi kepada pelawat dan ini dapat membantu mengurangkan risiko penularan
jangkitan virus, selain harganya lebih berpatutan.

Inap desa di negara ini mempunyai keunikan tersendiri serta menawarkan aktiviti berbeza bagi menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara.

Minggu ini, Horizon ingin memberi tip mengenai perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tempahan inap desa.

Lakukan pencarian

Mulakan pencarian inap desa dengan meneliti senarai di laman web seperti Airbnb dan
Homestay.com. Anda juga disarankan supaya menghubungi pihak pelancongan tempatan bagi mendapatkan senarai inap desa terbaik di sesuatu kawasan.

CARIAN dan tempahan inap desa terbaik pada harga berpatutan boleh dibuat menerusi online seperti yang ada di laman web Airbnb.

Lihat kemudahan

Setiap inap desa mempunyai senarai yang memperincikan mengenai konsep penginapan serta kemudahan ditawarkan kepada pelawat.Luangkan sedikit masa untuk membaca maklumat ini bagi memastikan ia sesuai dengan kehendak anda. Setiap inap desa adalah berbeza kerana tuan rumah pasti mempunyai sesuatu yang unik untuk ditawarkan.

Baca ulasan

Semua platform dalam talian menawarkan sistem ulasan bagi membantu sama ada inap
desa tersebut sesuai dengan kehendak dan cita rasa pelancong. Baca ulasan terbaharu yang
dilontarkan pelawat lain yang pernah menginap di situ. Jangan sesekali membaca ulasan yang sudah terlalu lama, dibimbangi keadaan inap desa berkenaan telah berubah.

Pemilihan lokasi

Pilih inap desa terletak berhampiran lokasi menarik yang anda ingin mengunjunginya. Pastikan juga ia sesuai dengan cara pergerakan anda. Misalnya, anda merancang menggunakan kereta, jadi pastikan inap desa tersebut mempunyai kemudahan jalan raya yang baik dan lokasinya tidak terlalu jauh dari jalan utama.

SETIAP inap desa mempunyai kemudahan berbeza kerana pemiliknya pasti ada sesuatu yang berlainan untuk ditawarkan kepada pengunjung.

Buat pemilihan

Selepas membuat segala pertimbangan, anda boleh membuat pemilihan inap desa diinginkan. Pastikan membuat tempahan mengikut kelapangan masa anda. Elakkan buat tempahan pada hari minggu atau cuti umum kerana harganya pasti mahal.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN