fbpx

10 lokaliti di Sabah, satu di Pahang kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah dan satu di Pahang bermula 15 Ogos hingga 28 Ogos depan.

Menteri Kanan Luar Negeri Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti tersebut ialah Jalan Blue Valley-Lojing, Cameron Highlands selain tiga lokaliti di Kota Kinabalu ialah Kampung Pulutan, Manggatal; Kg. Mansiang, Menggatal dan Tapak Bina Hyatt Centric manakala dua lokaliti di Beaufort ialah Kg. Brunei, Membakut dan Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, Lumat.

Selain itu, katanya, turut dikenakan PKPD ialah Kg. Rancangan Kalabakan, Kalabakan; Kampung Mangaris 2, Kota Marudu; Kampung Contoh, Putatan; Lorong Mat Salleh Bt.2, Jalan Apas, Tawau.

“Sementara itu sejumlah lokaliti di Sabah dilanjutkan lagi PKPD iaitu Kampung Siansai Dundau, Kota Belud; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Tawau; Kampung Sembulan Tengah & Lama, Kota Kinabalu dan Kampung Tempasuk 1, Kota Belud,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, penguatkuasaan PKPD ditamatkan melibatkan lima lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Jalan Apas, Taman Berjaya manakala lima lokaliti di Keningau iaitu Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan, Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau.

Selain itu, katanya, turut ditamatkan tiga lokaliti di Kudat iaitu Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi serta tiga lokaliti di Sandakan iaitu Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati termasuk Taman Sempelang, Kota Kinabalu; Kampung Tengah Padang, Putatan dan Kampung Babagon, Penampang.

“Dua lokaliti di Pahang turut ditamatkan iaitu Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Temerloh dan Pos Iskandar, Bera,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI