fbpx
HOMESTAY Kampung Lonek bukan sahaja mendapat perhatian pelawat tempatan, malahan pelancong asing turut berkunjung ke situ bagi mendapatkan pengalaman berharga tinggal dan hidup sebagai orang kampung.

Bercuti sambil terokai suasana kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSEKITARAN kampung yang mendamaikan dikelilingi sawah padi menguning, pokok menghijau dan suasana yang sunyi pastinya memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja.

Justeru, bagi mencari suasana seperti itu, Homestay Kampung Lonek yang terletak di Bahau, Negeri Sembilan ada jawapannya.

Di situ, pengunjung dapat melakukan aktiviti kampung seperti mengocak ikan di parit dan sawah, mengemping padi, bermain permainan tradisional dan sebagainya yang pastinya memberikan 1,001 pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Inap desa di Kampung Lonek melibatkan 30 buah rumah penduduk yang mana pengunjung boleh tinggal dengan pemilik sebagai keluarga angkat.

———————————————————————————————————————————————————————————————————————-

 

SUASANA kampung dengan sawah padi terbentang indah merupakan pemandangan yang sangat menenangkan jiwa, jauh daripada hiruk-pikuk kota raya yang menyesakkan minda.

Apatah lagi berpeluang mengikuti aktiviti di desa dan menyertai permainan tradisional yang sudah pasti memberi pengalaman menarik untuk dilakukan bersama keluarga atau sahabat handai.

Kesemua perkara itu dapat dirasai sekiranya berkunjung ke Homestay Kampung Lonek yang terletak di Bahau, Negeri Sembilan.

Inap desa yang diuruskan oleh Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad itu menawarkan pengalaman untuk hidup seperti orang kampung khususnya masyarakat di Negeri Sembilan.

Menurut pengerusinya, Nor Asiah Haron, inap desa itu telah dibangunkan sejak 17 tahun lalu yang diusahakan bersama penduduk kampung dan mempunyai jawatankuasa untuk memastikan pengoperasiannya berjalan lancar.

“Bagi projek inap desa ini, ia melibatkan 30 buah rumah penduduk yang mana pengunjung boleh tinggal bersama mereka sebagai keluarga angkat.

“Tetamu akan belajar cara hidup kampung, menikmati persembahan kebudayaan dan permainan tradisional,” kataya yang merupakan anak jati Kampung Lonek.

Perusahaan rumah inap desa itu bertujuan membantu menjana ekonomi komuniti setempat menerusi pelbagai tarikan pelancongan.

ACARA kelereng (dorong rim) boleh mengimbau kembali zaman kanak-kanak ketika hidup di kampung suatu ketika dahulu.

Nor Asiah berkata, pengusaha-pengusaha tersebut juga telah mengikuti kursus dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Setiap satu rumah itu boleh memuatkan empat orang tetamu dan pihak pengurusan telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk mereka lakukan sepanjang tinggal di situ.

Antara aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung Terokai kedamaian cara hidup orang kampung adalah memasak dodol, mengocak ikan di parit dan sawah, menanam, menuai dan mengemping padi serta menikmati persembahan kebudayaan Negeri Sembilan seperti nyanyian lagu Bongai.

Di samping itu, bagi aktiviti sukan rakyat pula, mereka boleh menyertai acara seperti tarik upih, kelereng (dorong rim), boling buah kelapa dan lain-lain.

Pengunjung juga akan dibawa menaiki buggy untuk melawat sekitar kampung selama sejam.

Pada ketika itu, mereka berpeluang melihat produk-produk yang diusahakan oleh penduduk kampung serta mencuba kuih-muih tradisional yang dihasilkan.

“Kami ingin berkongsi pengalaman kepada pengunjung untuk menikmati keindahan budaya dan tradisi warisan yang ada di sini.

“Aktiviti sebegini penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya mereka yang tinggal di bandar agar tahu akar budaya sendiri,” ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu.


PERMAINAN tarik upih boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping mengekalkan permainan tradisional.

Tambah Nor Asiah, selain pengunjung tempatan, inap desa itu juga sangat popular dalam kalangan pelancong dari luar negara yang ingin mempelajari cara hidup penduduk tempatan.

Dalam pada itu, keindahan kampung tersebut turut menjadi lokasi penggambaran drama, muzik video dan ­flem seperti Waris Jari Hantu.

Inap desa di kampung itu juga telah dikembangkan kepada beberapa sub seperti Kampung Stay dan calet bagi memberi pilihan kepada pengunjung yang ingin tinggal berasingan daripada pemilik rumah.

Homestay Kampung Lonek bukan sahaja tertumpu sebagai inap desa semata-mata, tetapi turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain mengikut permintaan pelanggan.

Ia termasuk lokasi perkhemahan, tempat untuk mengadakan kursus serta persandingan perkahwinan mengikut adat Perpatih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN