fbpx

13 September pengurusan kes saman fitnah Eizlan, Hans Isaac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eizlan dan Hans Isaac

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 September depan bagi tarikh pengurusan kes seterusnya saman fitnah pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof terhadap bekas Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Shaharudin Ali daripada Tetuan Shaharudin Azfarazmi & Co yang mewakili Eizlan ketika dihubungi di sini hari ini selepas pengurusan kes itu secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Ong Yen Li.

Menurut peguam itu pada waktu yang sama, kedua-dua pihak perlu memaklumkan kepada mahkamah mengenai penyelesaian kes sama ada diselesaikan secara mediasi atau apa sahaja penyelesaian sekiranya ada, pada tarikh pengurusan kes yang datang.

Sebelum ini pada 16 Jun lalu, mahkamah mencadangkan kes saman fitnah itu dirujuk ke Pusat Mediasi untuk penyelesaian.

Mahkamah mencadangkan agar kedua-dua pihak merujuk kes saman itu ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini, atau apa-apa cara penyelesaian sekiranya sesuai dan dipersetujui oleh mereka. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI