fbpx

Perompak larikan RM50 sebelum kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik melakukan siasatan di stesen minyak yang dipecah masuk tiga lelaki di Simpang Empat, hari ini.

ARAU – Tiga penjenayah hanya sempat melarikan wang tunai berjumlah RM50 selepas memecah masuk sebuah stesen minyak di Simpang Empat, di sini awal pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.38 pagi itu, dua daripada tiga suspek bertindak masuk ke dalam stesen minyak selepas memecahkan cermin di bahagian kaunter premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian disedari pemilik stesen minyak kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Katanya, pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati tiga lelaki terbabit datang ke stesen minyak itu dengan menaiki kereta jenis Perodua Kancil.

“Suspek mengeluarkan tukul besi lalu memecahkan cermin kaunter sebelum dua suspek masuk dan menggeledah premis sebelum melarikan sejumlah wang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemilik stesen minyak telah membuat pemeriksaan dan mendapati wang syiling berjumlah kira-kira RM30 dan hasil jualan pelitup muka kira-kira RM20 serta resit juai beli telah tiada di dalam laci kaunter.

Ujarnya, bertindak atas maklumat tersebut, kereta Perodua Kancil yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah itu ditemui terbabas di kawasan Kodiang, Kedah kira-kira pukul 1 petang.

Tambahnya, seorang individu dari Simpang Empat di sini kemudiannya tampil membuat laporan mengenai kehilangan kereta Perodua Kancil awal pagi ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI