fbpx

Pemancing lemas ditemui di dasar sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Padang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Aktiviti memancing tiga sahabat semalam bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas selepas terjatuh di Sungai Padang dekat Sungai Lembing, di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, mayat mangsa, Azam Zahari Mat Nawi, 42, dijumpai di dasar sungai berkenaan oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 8.50 pagi ini.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Padang di sini dan bekerja sendiri keluar memancing bersama dua rakannya sebelum dia terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

“Mayat mangsa dijumpai oleh pasukan penyelam JBPM Kuantan kira-kira pukul 8.50 pagi pada jarak lima meter dari tempat memancing di kedalaman tiga meter,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI