fbpx

Padah cuba sogok polis RM2,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki berusia 20 tahun yang cuba merasuah anggota polis di sekatan jalan raya membawa padah apabila dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, lelaki berkenaan dipercayai berbuat demikian ketika diperiksa polis di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik (EDL) menghala ke Jalan Bakar Batu pada 5 Ogos lalu.

Menurut kenyataan itu, lelaki berkenaan ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor pada pukul 1 tengah hari hari ini bagi membantu siasatan dijalankan.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah memberi wang rasuah sebanyak RM2,500 kepada seorang anggota polis sewaktu membuat sekatan jalan di Lebuhraya EDL menghala ke Jalan Bakar Batu.

“Suspek ditahan kerana dilihat mencurigakan dan semasa pemeriksaan badan dilakukan suspek telah memberi wang rasuah sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas beliau yang disyaki menjadi ejen aktiviti pemerdagangan manusia,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan tersebut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI