fbpx

Kaji semula strategi kewangan berhemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya menilai semula strategi dan pe­ngurusan kewangan mereka dalam suasana ekonomi yang mencabar kini.

Ketua Perbankan Peribadi dan Kekayaan HSBC Malaysia, Renee Bullock-Cann berkata, terdapat beberapa langkah seperti pengurangan hutang, pelaburan dan aliran tunai yang perlu difikirkan semula untuk mencapai kedudukan kewangan lebih baik.

Jelas beliau, antara strategi nya adalah menyatukan hutang-hutang yang ada dengan membuat pemindahan baki kesemua pinjaman kepada pembiayaan alternatif yang menyediakan kadar faedah le­bih rendah.

“Sehubungan itu, peminjam tidak hanya dapat menjimatkan bayaran faedah, malah le­bih mudah menguruskan satu bil setiap bulan berbanding beberapa bil pada tarikh pembayaran berbeza-beza.

“Selain itu, peminjam juga perlu mengetahui keutamaan mereka dalam melangsaikan hutang iaitu dengan menjelaskan bil pada kadar faedah pa­ling tinggi, pada kebiasaannya ialah hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan kenderaan.

“Gadai janji atau pem­biayaan kediaman pada asasnya adalah jenis hutang yang lebih mudah untuk ditanggung kerana kadar faedah lebih rendah, namun bagi yang terjejas akibat wabak, mereka mungkin boleh memohon kemudahan moratorium,” katanya dalam satu kenya­taan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI