fbpx

Suntikan vaksin lindungi saya, suami atas izin Allah – Liyana Jasmay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIYANA dan suaminya positif Covid-19 pada 21 Julai lalu.

PETALING JAYA – Pelakon Liyana Jasmay bersyukur kerana suntikan dos vaksin pertama yang diterimanya beberapa bulan lepas melindungi dirinya dan suami ketika mereka disahkan positif Covid-19 pada 21 Julai lalu.

Menurut Liyana, 33, dia dijangkiti wabak pandemik Covid-19 bersama suaminya, Fathuddin Mazlan sehingga menyebabkan mereka mengalami simptom yang teruk seperti demam, hidung berair, batuk, hilang deria rasa dan bau.

Bagaimanapun, pelakon filem Papadom itu bersyukur kerana dia dan suami akhirnya sembuh selepas menjalani tempoh kuarantin kendiri selama 10 hari.

“Doa saya buat semua yang sedang melawan Covid-19 dan kehilangan insan tersayang. Covid-19 itu benar dan tolonglah ambil vaksin. Sejujurnya, kalau tidak disuntik dengan dos pertama, tidak pasti bagaimana keadaan kami pada waktu itu.

“Vaksin membantu kita melindungi diri. Tapi segalanya atas izin Allah SWT. Jadi kita ikhtiar dan buat yang terbaik untuk melindungi orang tersayang dan komuniti,” katanya dalam satu hantaran Instagram semalam.

Dalam hantaran berkenaan, Liyana berkongsi sebuah video memaparkan dirinya menerima suntikan dos vaksin kedua di Pusat Pemberian Vaksin Universiti Kebangsaan Malaysia (PPVUKM) semalam.

Bagaimanapun ketika ditanya seorang pengikut adakah dia positif Covid-19 selepas menerima suntikan dos vaksin pertama, Liyana berkata, dia dijangkiti wabak tersebut tiga hari sebelum tarikh temu janji suntikan dos kedua.

“Saya positif sebenarnya tiga hari sebelum nak ambil dos kedua. Saya pulih selepas 10 hari kuarantin. Saya mengalami demam selama tiga hari dan pulih deria rasa pada hari ke-12,” katanya.

Dalam pada itu ujar Liyana lagi, dia bersyukur kerana dua anaknya serta ibu bapa dan pembantu rumah tidak dijangkiti wabak maut berkenaan daripada mereka.

“Saya positif pada 21 Julai bersama suami. Tetapi dalam tempoh 10 hari kuarantin, kami berjaya sembuh.

“Syukur Ya Allah kerana menyembuhkan saya, suami serta melindungi anak-anak, kedua ibu bapa dan pembantu rumah daripada berjangkit. Kami enggan orang lain dijangkiti virus ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI