fbpx

Sultan Johor kecewa pemimpin berebut kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan berikutan terdapat pemimpin politik yang mengganggu usaha kerajaan dan merebut kuasa sedang rakyat negara ini dalam keadaan susah akibat pandemik Covid-19.

Baginda bertitah agar semua pemimpin mengutamakan kepentingan rakyat serta perpaduan ummah dan bukan bertindak sebaliknya demi kepentingan peribadi.

“Sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam, terutama pemimpin bangsa Melayu di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah.

“Dialah yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki, dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki,” titahnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baginda bertitah, pemimpin harus jujur dan amanah memikul tanggungjawab yang diberi dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanahair.

“Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan,” titah baginda. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI