fbpx

SpaceX bakal ‘pacak’ papan iklan di angkasa lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilustrasi papan iklan di angkasa lepas yang dijangka dilancarkan pada tahun 2022. – Parameter

NEW YORK – SpaceX bakal menghantar sebuah satelit ke angkasa lepas yang boleh memancarkan papan iklan dari angkasa lepas, lapor akhbar Daily Star semalam.

SpaceX merupakan syarikat yang diasaskan individu kedua terkaya di dunia, Elon Musk.

Langkah itu bakal dilaksanakan dengan kerjasama sebuah syarikat permulaan dari Kanada, Geometric Energy Corporation (GEC) menerusi projek yang dinamakan CubeSat.

Projek CubeSat akan menempatkan satu skrin papan iklan besar pada satu bahagian di angkasa lepas, di mana syarikat-syarikat boleh membida untuk meletakkan logo dan iklan mereka di situ.

Menurut beberapa laporan, projek tersebut bakal dilancarkan seawal tahun 2022 dengan syarikat-syarikat boleh membeli ruang pengiklanan tersebut menggunakan mata wang kripto kegemaran Musk, iaitu Dogecoin.

Pengiklan kemudiannya boleh memilih, meletakkan dan mereka piksel iklan pilihan pada paparan skrin.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama GEC, Samuel Reid berkata, mungkin ada dalam kalangan syarikat-syarikat yang ingin meletakkan logo mereka atau sesuatu yang lebih bersifat peribadi dan seni.

“Mungkin Coca-Cola dan Pepsi akan bersaing untuk meletakkan logo mereka dan berebut slot antara satu sama lain,” katanya.

Tambah Reid, apabila iklan tersebut  berada di dalam orbit, tongkat swafoto yang diletakkan pada bahagian CubeSat akan merakam skrin paparan.

Rakaman itu kemudiannya akan ditayangkan secara penstriman di YouTube atau Twitch yang membolehkan orang ramai untuk menyaksikannya.

“Saya cuba untuk mencapai sesuatu yang boleh memberikan akses yang demokratik di angkasa lepas,” ujarnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI