fbpx

Prosedur umrah diumum dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (dua dari kanan) menyampaikan bantuan musaadah kepada golongan asnaf di Masjid Sultan Abu Bakar Janda Baik di Bentong hari ini.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

BENTONG – Prosedur dan syarat menunaikan umrah tahun ini akan dimaklumkan kepada umum setelah dimuktamadkan bersama Duta Arab Saudi di negara ini dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, satu perbincangan telah diadakan bersama duta Arab Saudi yang mengunjunginya baru-baru ini tetapi keputusan belum dimuktamadkan seratus peratus.

“Ketika ini pihak kami di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengutip sebanyak mungkin maklumat penting berkaitan sebelum proses kebenaran umrah

“Insya-Allah apabila mendapat syarat nyata akan diumumkan kepada masyatakat,”katanya dalam sidang akhbar pada Program Bantuan Musaadah 2021 di Masjid Sultan Abu Bakar Kampung Janda Baik di sini hari ini.

Pada majlis itu sebanyak 100 kotak barangan keperluan harian sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diserahkan kepada asnaf dan wang tunai sebanyak RM5,000 diserahkan kepada pentadbiran masjid.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Kamarul Arief Tuan Soh.

Menurut Zulkifli, rakyat Malaysia dibenarkan menunaikan ibadah umrah tahun ini selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan umrah dibuka semula kepada jemaah luar negara bermula 10 Ogos depan.

Sementara itu,mengulas mengenai kebenaran menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau kepada individu lengkap dua dos vaksin beliau berkata, ia satu tindakan yang baik dan mengembirakan umat Islam.

Bagaimanapun katanya, proses pembukaan masjid terletak di bawah bidang kuasa Sultan Negeri-negeri setelah mengambilkira pandangan Kementerian Kesihatan, Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI