fbpx

Model Insan Rabbani jadi misi daulatkan syiar Islam di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Abdul Aziz (kiri atas) ketika berucap sempena Tahun Baru Hijrah 1443H secara maya.

SHAH ALAM – Pemerkasaan ummah dan generasi Rabbani merupakan misi terulung Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mendaulatkan syiar Islam.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, bagi merealisasikannya model Insan Rabbani telah menjalani penstrukturan sebagai satu indikator dalam mengukur pencapaian urus tadbir Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS.

Katanya, model itu juga menjadi parameter terhadap tahap pemugaran iklim rabbbani di pelbagai strata sosial di Selangor.

“Berdasarkan model tersebut boleh disimpulkan bahawa Generasi Rabbani daripada perspektif MAIS ialah suatu generasi ummah yang bertunjang dan berpegang kepada al-Quran dan as-sunnah.

“Lima komponen teras rabbani menjadi sebagai kayu ukur iaitu penguasaan kepada ilmu fardu ain dan kifayah, pemantapan pengurusan; pemerkasaan dakwah; penyuburan kerohanian dan pengukuhan adab dan sahsiah,” katanya ketika berucap sempena tahun baharu hijrah 1443hijrah secara maya.

Abdul Aziz menambah, MAIS turut merekonstruksi Pelan Anti Rasuah Agensi Agama Islam, memperkasakan Dasar Industri Halal Selangor, dan Dasar Pembangunan Baitulmal, Zakat dan Wakaf di Negeri Selangor.

“Sejak dibangunkan, Pelan Strategik MAIS ini, saya melihat perubahan yang sangat baik dalam sistem pengurusan hal ehwal Islam di Selangor.

Mengulas lanjut, beliau percaya dengan kerjasama dan usaha saling bantu membantu di antara institusi hal ehwal Islam di negeri ini, pencapaian yang baik dapat dihasilkan dan seterusnya menjadikan pengurusan hal ehwal Islam di Selangor adalah yang terbaik di Malaysia. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI