fbpx

Artis antivaksin, ‘komer’ duduk rumah selamanya – Jinggo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JINGGO

PETALING JAYA – Pengarah yang juga suami kepada penerbit popular, Sheila Rusly iaitu Jinggo memberi peringatan berbaur sindiran kepada anak seni yang antivaksin agar duduk di rumah selama-lamanya.

Jinggo atau nama lengkapnya, Azman Yahya, 55, menerusi satu hantaran status dalam Instagram memberi peringatan atau amaran tersebut menggunakan loghat Perak.

“Kepada artis dan rumah produksi yang antivaksin, komer (kalian) boleh stay home forever (duduk di rumah selamanya). Kepada yang sudah divaksin, Let’s go (marilah kita).

“Semua orang punya pendirian dan selalu mahu pendirian mereka dihormati. Jadi, hormatilah pendirian orang lain sebagaimana anda mahu orang lain menghormati pendirian anda,” tulisnya sebagai kapsyen hantaran status yang dimuat naik.

JINGGO, pengarah yang juga penerbit JS Pictures.

Sehingga kini, sektor industri kreatif negara masih berdepan dilema apabila sebarang penggambaran sama ada drama televisyen dan atau filem termasuk atau rakaman “centre stage” dan persembahan secara langsung melibatkan penonton yang ramai masih tidak dibenarkan.

Jinggo sebenarnya memberi respons berhubungan kemudahan-kemudahan bagi individu yang sudah menerima dos vaksin lengkap termasuk kebenaran menunaikan solat berjemaah di surau dan masjid dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dalam pada itu, kelonggaran atau kemudahan lain termasuklah kebenaran merentas daerah atau negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh selain ibu bapa berjumpa anak-anak di bawah usia 18 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI