fbpx

Proses vaksinasi rakyat Malaysia berjalan mengikut jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan menjangkakan bahawa 100 peratus penduduk dewasa atau 80 peratus jumlah penduduk Malaysia keseluruhan akan mendapat dos lengkap suntikan vaksin menjelang akhir Oktober tahun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) pagi tadi dan dimaklumkan bahawa proses vaksinasi rakyat Malaysia berjalan mengikut jadual setakat ini.

“Menjelang 31 Ogos 2021, lebih 60 peratus penduduk dewasa atau lebih 40 peratus keseluruhan penduduk di negara kita dijangka telah menerima dos lengkap suntikan vaksin.

“Ini pastinya merupakan khabar gembira buat kita semua menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya menerusi satu kemas kini di laman Facebook hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau yakin sasaran itu akan dapat dicapai berdasarkan prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang memberangsangkan setakat ini.

“Menurut data terkini yang tersedia baik di negara kita atau negara luar, jumlah kes-kes dalam kategori 4 dan 5 serta kadar kematian akan menurun dengan mendadak apabila kadar vaksinasi telah meningkat.

“Insya-Allah, kita doakan agar negara kita dapat keluar daripada pandemik ini dengan kadar segera,” ujar beliau. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI