fbpx

Jangan pamer sijil vaksinasi palsu di SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (tengah) selepas merasmikan Program Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2021 di Sekolah Kebangsaan Pak Mandol, Tumpat hari ini. Foto ROHANA MOHD. NAWI

TUMPAT – Polis akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih ketat di sekatan jalan raya (SJR) di seluruh Kelantan bagi mengelakkan berlakunya individu yang memalsukan sijil vaksinasi dapat merentas daerah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, beliau khuatir ramai rakyat di negeri ini mengambil kesempatan dengan membuat sijil vaksinasi palsu selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada penduduk di negeri Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan merentas daerah.

Katanya, sehubungan dengan itu, polis akan meneliti segala dokumen berkaitan sijil vaksinasi yang dikemukakan oleh pengguna jalan raya di seluruh SJR di negeri ini bermula esok.

“Pengguna jalan raya sudah pasti akan mengambil kesempatan untuk merentas daerah walau apa juga cara termasuk memalsukan sijil vaksinasi bagi mereka yang belum lengkap dos vaksin.

“Kompaun akan dikenakan terhadap individu yang didapati memalsukan sijil vaksinasi di SJR. Kerajaan sudah memberi kelonggaran dan saya harap semua pihak dapat mengikuti SOP baharu ini,” katanya selepas merasmikan Program Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2021 di Sekolah Kebangsaan Pak Mandol di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI