fbpx

Bekas majistret didakwa terima suapan diarah bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ( depan) keluar daripada mahkamah selepas didakwa menerima suapan di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang bekas majistret yang didakwa menerima suapan sebanyak RM210,000 kira-kira tiga tahun lalu diarahkan membela diri di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohamad Amin Shahul Hamid, 40, didakwa meminta dan menerima suapan itu daripada seorang ahli perniagaan antara 5 Julai hingga 22 Oktober 2019.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah ketika sebutan kali pertama kes pada Disember 2019, di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohd Taib.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai majistret di Mahkamah Raub dan Lipis, didakwa meminta suapan daripada Hasan Basri Ahmad Sutan Modo sebanyak RM100,000, RM35,000 dan RM50,000 pada 5 Julai serta 22 Oktober 2019.

Semua suapan itu adalah sebagai dorongan untuk mengenakan hukuman denda dan tidak mengenakan hukuman penjara ke atas Hasan Basri yang disabitkan kesalahan memiliki rokok seludup bernilai RM6,613.20 serta RM1,051.28.

Mohamad Amin juga didakwa menerima lima kali suapan, masing-masing sebanyak RM25,000 pada 9 Julai, 14 dan 15 Ogos serta 22 Oktober dan RM10,000 pada 26 September, di sekitar Raub dan daerah Lipis.

Pada prosiding hari ini, tertuduh diwakili peguam, SN Rayer manakala pasukan pendakwaan pula diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain kemudiannya menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh tertuduh membela diri dan 19 November sebagai tarikh bagi hujahan akhir pembelaan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI