fbpx

Allah nak beri sesuatu yang besar buat Shuib – Rahim R2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahim percaya ada sesuatu yang besar dan tersirat bakal dikurniakan Allah buat Shuib. - Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

PETALING JAYA – Pelawak Rahim R2 percaya Allah SWT mahu memberikan sesuatu yang besar buat sahabat baiknya, Shuib yang baru kehilangan isteri tercinta hari ini.

Rahim ketika ditemui media di pekarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor berkata, dia percaya dan yakin ada hikmah tersirat yang bakal diturunkan Allah kepada Shuib dan keluarganya kelak.

“Saya percaya dan yakin Allah mahu berikan sesuatu yang terbaik buat Shuib.

“Saya tahu ujian yang diberikan ini berat dan tak semua orang boleh menerima dan menghadapinya. Shuib seorang yang sangat kuat,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan Shuib ketika ini, Rahim memberitahu rakannya itu masih dalam keadaan sugul dan bersedih atas apa yang berlaku.

“Shuib masih sugul dan wajahnya kosong. Setiap kali bercakap dengan rakan-rakan pasti air matanya akan berlinang keluar.

“Pemergian Sarah yang merupakan tulang belakang keluarga begitu cepat dan pantas. Moga Shuib kuat untuk menghadapi semua yang berlaku. Anak-anak perlukan dia,” katanya.

Terdahulu, Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (PPUKM), Cheras pada pukul 5.13 pagi tadi.

Rabu lalu Siti Sarah dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan dan selamat melahirkan bayi lelaki berusia tujuh bulan yang diberi nama Ayash Affan.

Dia bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai lalu.

Pasangan tersebut berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Jenazah Siti Sarah selamat dikebumi diiringi laungan azan Zuhur sekitar pukul 1.35 petang tadi oleh petugas kesihatan dan beberapa ahli keluarga terdekat yang lengkap memakai pakaian perlindungan khas (PPE). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI