fbpx
Penduduk di Pulau Pinang antara yang dibenarkan rentas daerah dan makan di kedai bermula Selasa ini

Rentas daerah dibenarkan di negeri Fasa 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan bagi sektor sosial kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya bermula Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Individu yang ingin melakukan perjalanan rentas daerah perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada petugas di sekatan jalan raya yang menunjukkan mereka telah menerima vaksinasi lengkap.

“Aktiviti makan di kedai atau ‘dine-in’ turut dibenarkan apabila perlu sahaja dan orang ramai diingatkan tidak meluangkan masa yang terlalu lama.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk membungkus makanan jika situasi mengizinkan. Pilihlah premis yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan terbuka,” katanya dalam sidang langsung di sini hari ini.

Negeri Fasa 2 meliputi Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sabah manakala Fasa 3 melibatkan Labuan, Sarawak dan Perlis. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN