fbpx

STR Fasa 2 diagih dua minggu sebelum Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan bantuan daripada kerajaan tersebut.

“Saya telah beritahu kepada Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka dengan STR Fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan.

“Insya-Allah awal April iaitu dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, kita akan keluarkan STR Fasa 2,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah penambahbaikan kepada STR berbanding bantuan diberikan sebelum ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan, STR Fasa 1 telah pun diedarkan kepada rakyat berjumlah RM1.6 juta pada Januari lalu.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 320,103 permohonan baru STR diterima setakat 13 Mac lalu dan mereka yang layak diminta supaya membuat permohonan.

“Saya sebut yang telah peroleh STR seramai 8.7 juta rakyat berjumlah RM8 bilion dan ada permohonan baru,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI