fbpx

Ramai sebak lihat penjual petai solat depan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki menunaikan solat di tempat letak kereta.

PETALING JAYA – Video seorang lelaki menunaikan solat di tempat letak kereta mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Perkongsian video 35 saat itu dimuat naik di Facebook sebelum tular di media sosial dan meraih lebih 13,000 tontonan.

Menerusi perkongsian itu, lelaki tersebut dipercayai berada di tempat letak kereta berkenaan untuk menjual petai dan berehat seketika untuk menunaikan solat berhampiran kenderannya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata netizen memuji kesungguhan lelaki berkenaan mencari rezeki tetapi tidak melupakan kewajipannya sebagai umat Islam.

“Semoga urusan Pak Cik ini dipermudahkan. Murah rezeki serta dijauhkan dari perkara yang buruk,” kata Zira Robert.

“Macam ini lah sepatutnya, ini tidak, leka berniaga solat entah ke mana,” kata Zikirafie.

“Semoga menjadi contoh kepada semua orang Islam, di mana apabila masuk sahaja waktu, terus tunaikan solat,” ujar Siti Fatimah.

Difahamkan, video asal tersebut dimuat naik oleh pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro di laman Instagramnya baru-baru ini.

Menurut Ajak, video berkenaan dirakam di hadapan sebuah pasaraya di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.

“Nampak kesungguhan dia cari rezeki, semoga Allah permudahkan rezeki Pak Cik. Kalau terjumpa Pak Cik ini berniaga di hadapan pasar raya Kota Seriemas, ‘support’ lah ya,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI