fbpx

LUAS siasat dakwaan aktiviti cemarkan Sungai Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai LUAS menjalankan siasatan lanjut di sekitar laluan masuk Sungai Langat.

SHAH ALAM – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan beberapa aktiviti yang berpotensi menjadi penyumbang pencemaran dan penurunan kualiti air di Sungai Langat.

LUAS berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah pencemaran sumber air dan tindakan tegas akan diambil selaras peruntukkan dalam seksyen 79, Enakmen LUAS 1999.

“Penelitian lanjut akan dilakukan bersama pihak berkenaan untuk memastikan pemeliharaan sumber air dan alam sekitar yang kondusif.

“Keprihatinan Gabungan Lestari Alam Kuala Langat (GLAM) amat dihargai,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI