PENAMPANG – Seorang remaja perempuan ditemui lemas selepas cuba menyelamatkan adik bongsunya dalam kejadian di Sungai Moyog berhampiran Kampung Kambau hari ini.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 16 tahun dikatakan terjun ke dalam sungai selepas menyedari adiknya hanyut dibawa arus.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, mangsa yang dipercayai kepenatan terus tenggelam sebelum ditemui lemas sebaik berjaya membawa adiknya ke tepi sungai.
“Kita menerima laporan pada pukul 11.14 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai pergi ke lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati mangsa dan tiga adiknya pergi mandi di sungai berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut beliau, Kejadian dipercayai bermula selepas mangsa cuba menyelamatkan adik perempuannya yang dibawa arus.
Selepas adiknya berjaya diselamatkan, mangsa dilihat tenggalam sebelum ditemui lemas. -K! ONLINE














