fbpx
Kotak minuman satu liter digunakan oleh suspek bagi mengisi air ketum untuk dibekalkan kepada rakan suspek di PKRC, IKTBN Bachok semalam. FOTO IHSAN POLIS

Dua sekawan dicekup cuba hantar air ketum ke PKRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Polis menahan dua lelaki selepas dipercayai cuba menghantar bekalan air ketum kepada rakan mereka yang merupakan pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, anggota polis melihat kedua-dua lelaki yang berusia 18 dan 20 tahun itu menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dalam keadaan mencurigakan di PKRC berkenaan kira-kira pukul 2 petang.

Katanya, anggota polis telah menahan mereka dan melakukan pemeriksaan terhadap sebuah beg galas yang berada di dalam raga motosikal itu.

“Polis menemui satu kotak minuman berisipadu satu liter di dalam beg itu dan pemeriksaan lanjut mendapati ia mengandungi air ketum.

“Kedua-dua lelaki itu menggunakan taktik dengan memasukkan air ketum di dalam kotak minuman untuk dihantar kepada seorang rakan mereka yang menjalani tempoh kuarantin di PKRC berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohamad Ismail, ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua lelaki yang berasal dari Kampung Paya Teratai dan Kampung Changgong di sini mendapati mereka negatif dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3 ) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN