fbpx

Che Ta pelik, dihambur kata-kata kesat seorang ‘diva’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan perkongsian Che Ta mengenai kata0kata kesat yang dihamburkan seorang pengacara terkenal terhadapnya dalam Twitter.

PETALING JAYA – Dikecam netizen atau peminat bukan satu hal yang luar biasa, namun dikutuk dan dilontarkan dengan kata-kata kesat oleh rakan seperjuangan dalam industri secara terbuka dalam media sosial merupakan satu perkara yang menyebalkan.

Itu yang dirasai pelakon popular Rozita Che Wan, 49, apabila tiba-tiba menjadi mangsa kecaman seorang pengacara yang terkenal dengan mulut puakanya hanya kerana bertindak melaram ketika hadir menerima suntikan vaksin.

“Hang (kau) buang tabiatkah? Ini fesyen ber*o bukan pergi cucuk vaksin! B*t mak hang lah,” ciap selebriti yang juga adik kepada seorang menteri itu.

Pelik dan terkilan dengan kata-kata kesat yang ditulis pengacara tersebut menerusi satu ciapan Twitter pada 6 Ogos lalu, pelakon yang mesra disapa Che Ta itu tidak menyangka ada kenalan seindustri yang tergamak melemparkan teguran menggunakan bahasa sedemikian rupa walhal mereka mempunyai hubungan baik dan bekerjasama sebelum ini.

“Saya tak tau pasal apa dia boleh tergamak tulis perkataan ‘bu*** mak hang’ pada saya. Kami telah berjumpa sebanyak tiga kali sepanjang tahun ini, berborak, berswafoto dan juga panggilan video.

“Pertama kali berjumpa pada tahun ini ketika jadi tetamu undangan dalam program Lagu Cinta Kita kemudian Pung Pang Rizalman Raya dan rakaman rancangan masakan,” luah isteri kepada aktor Zain Saidin dalam satu entri Instagram malam tadi.

Melihat keperibadian bekas pengacara program Lagu Cinta Kita itu juga, Che Ta berpendapat memang wujud segelintir individu yang bersikap talam dua muka.

“Betullah kata orang, kalau di depan mulutnya manis, sebaliknya di belakang lain bicaranya.

“Tak sangka, kadang-kadang orang yang kita sudah kenal lama dan tidak ada masalah bersama rupa-rupanya perlu ‘baik-baik’ (hati-hati) dengannya. Hati orang kita tidak tahu kan?” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Kiah Perkasam itu tetap menitipkan doa agar selebriti berusia 50-an itu diberikan hidayah daripada Allah SWT.

“Semoga Allah akan beri hidayah kepada manusia begini supaya dia tidak dianggap sampah, Allahuakbar,” doa pemilik nama lengkap Rozita Abu Bakar itu.

Tinjauan Kosmo! dalam Twitter, pengacara itu tidak memadam ciapan tersebut sebaliknya menutup ruangan komen.

Untuk rekod, Kosmo! pada 4 Ogos lalu melaporkan Che Ta mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan busana glamor berwarna kelabu ketika mendapatkan suntikan vaksin dos keduanya di sebuah pusat perubatan di ibu negara.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI