fbpx

Rizab antarabangsa BNM kekal AS$111.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$111.1 bilion pada 30 Julai 2021, kekal tidak berubah dari 15 Julai.

Menurut kenyataan, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$103.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas atau SDR (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset-aset terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM461.83 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.22 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM727.36 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM20.36 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.61 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM184.72 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.46 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM141.82 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.65 bilion), deposit lain (RM7.95 bilion), kertas Bank Negara (RM8.50 bilion), peruntukan SDR (RM7.97 bilion) serta liabiliti lain (RM4.71 bilion).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI