fbpx

Pecutan terakhir julang Parchment

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARCHMENT (kiri) tidak diletakkan sebagai pilihan berjaya mencipta kejutan meraih kemenangan dalam acara 400m semalam. – AFP

TOKYO – Pelari pecut Jamaica, Hansle Parchment mencipta kejutan sensasi apabila menewaskan juara dunia, Grant Holloway dari Amerika Syarikat (AS) untuk meraih pingat emas 110 meter (m) lari berpagar Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Parchment, 31, memberikan pecutan terbaiknya pada 50m terakhir untuk melintasi garisan penamat menerusi catatan masa 13.04 saat (s) di Stadium Olimpik semalam sekali gus menebus kekecewaan meraih gangsa edisi London 2012.

“Ini adalah perasaan yang sangat hebat. Saya bekerja keras untuk meraih gelaran ini. Saya masih tidak percaya kerana berjaya menewaskan pelari itu (Holloway).

“Saya tidak rasa ramai yang menjangka kemenangan saya. Sekarang saya mahu menikmati setiap saat ini sebelum memikirkan mengenai kelemahan larian saya yang boleh diperbaiki,” katanya.

Holloway, 23, pula terpaksa akur meraih pingat perak dengan catatan 13.09s meskipun Jun lalu pernah mencatat masa 12.81s iaitu kurang 0.01s untuk menya­mai rekod dunia 12.80s yang dilakukan Aires Merritt pada 2012.

“Hari ini penamat saya tidak begitu bagus tetapi saya percaya boleh melakukan yang lebih baik. Saya pernah lakukannya sekali ketika hampir-hampir menyamai rekod dunia sebelum ini.

“Saya masih muda dan banyak lagi kejohanan bakal disertai selepas ini. Saya terima kekalahan ini tetapi sekurang-kurangnya sekarang saya dapat bergelar salah seorang pemenang pingat Olimpik,” jelas Holloway.

Pingat gangsa berjaya dimenangi seorang lagi pelari pecut Jamaica, Ronald Levy selepas mencatat masa 13.10s, kurang 0.01s sahaja untuk menewaskan Holloway. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI