fbpx

MCA, MIC sokong kerajaan PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (kiri) dan Saravanan.

PETALING JAYA – Parti MIC dan MCA menyatakan pendirian berpegang teguh kepada ketetapan yang dibuat Barisan Nasional (BN) tahun lalu iaitu untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, selaku parti komponen BN pendirian itu tidak akan berubah selagi keputusan dibuat BN itu kekal.

“Kami merupakan anggota komponen BN dan sebenarnya parti telah membuat kenyataan yang mana kita sedia maklum bahawa apa juga ketetapan untuk menyertai kerajaan PN sehinggalah pilihan raya akan datang.

“Selagi ada ketetapan untuk kita kekal kita berasa terpanggil untuk bersmaa-sama rakan seperjuangan dalam BN dan mementingkan rakyat serta rakyat akan membuat keputusan dalam pilihan raya kelak,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara hari ini.

Sementara itu Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, partinya turut berpegang kepada pendirian sama.

“Bagi pihak MIC kita berpegang kepada keputusan muktamad daripada kepimpinan dan akur dengan keputusan peringkat BN. Kita akan terus menyokong kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI