fbpx

Lelaki hadiri majlis perkahwinan bekas kekasih naik helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu majlis tersebut terkejut melihat seorang lelaki hadir ke majlis perkahwinan menaiki helikopter. – Instagram @fakta.indo

JAKARTA – Tetamu sebuah majlis perkahwinan di Indonesia terkejut apabila sebuah helikopter yang membawa seorang lelaki secara tiba-tiba mendarat berhampiran rumah pengantin, lapor laman berita Suara.com semalam.

Lebih mengejutkan, lelaki yang menaiki helikopter tersebut sebenarnya merupakan bekas kekasih pengantin perempuan yang hadir ke majlis perkahwinan itu.

Menerusi satu video yang tular, sebilangan tetamu kelihatan sedang berdiri sambil meninjau ke atas langit sebaik mendengar bunyi sebuah helikopter yang amat hampir dengan lokasi majlis.

Helikopter tersebut kemudiannya mendarat di satu kawasan lapang berhampiran rumah pengantin serta mengakibatkan kain-kain perhiasan majlis terbang ditiup kipas helikopter itu.

Seorang lelaki berbaju batik lengkap dengan songkok kemudiannya turun dari helikopter tersebut dan menuju ke arah rumah pengantin.

Berdasarkan keterangan pada video yang dimuat naik di Instagram @fakta.indo itu, lelaki tersebut rupa-rupanya merupakan bekas kekasih pengantin perempuan.

Video itu menjadi perhatian netizen dengan menerima lebih 491,000 tanda suka serta ramai yang meninggalkan pelbagai komen lucu.

“Akhirnya, yang naik helikopter akan kalah dengan yang naik pelamin,” tulis seorang netizen.

“Selepas turun dari helikopter baru sedar khemah sudah roboh, kerusi berselerak. Berjalan perlahan, pergi bersalaman dan terus terbang pulang kerana misi sudah selesai. Elegan yang tiada tandingan,” tulis seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN