fbpx

DAN 2.0 bantu kembangkan sektor agromakanan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Ke-46 secara maya hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan akan melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, DAN 2.0 berupaya untuk mentransformasikan sektor agromakanan negara.

“Mentransformasikan kepada sektor yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.

“Memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat serta mengutamakan sekuriti dan nutrisi makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Ke-46 secara maya hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin berkata, golongan peladang, penternak dan nelayan perlu membawa teknologi moden ke dalam sektor agromakanan negara.

Menurut beliau, ia sebagai langkah mentransformasi sektor berkenaan dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

Jelasnya, langkah itu akan melonjakkan sektor agromakanan ke satu dimensi yang lebih kompetetif dan efektif. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI