fbpx

4 individu buat tuntutan insurans tidak wujud ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan serbuan di lokasi semalam sejurus menerima laporan daripada pengadu.

KUALA LUMPUR – Kegiatan empat individu yang disyaki terbabit dengan penipuan panggilan telefon berkaitan ‘tuntutan insurans tidak wujud’ tidak berpanjangan apabila mereka ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Kuchai Lama, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan kes penipuan panggilan telefon daripada pihak insurans yang mendakwa pengadu membuat tuntutan palsu bernilai RM78,800.

“Suspek turut mengugut pengadu mempunyai penglibatan dengan aktiviti penggubahan wang haram dan diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun bank diberikan kononnya bagi menyelesaikan perkara itu.

“Bagaimanapun, pengadu yang menyedari dia cuba diperdaya kemudiannya membuat laporan polis. Bertindak atas maklumat, polis telah melakukan serbuan di lokasi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal yang dilakukan mendapati sindiket itu dipercayai sudah beroperasi selama tiga bulan.

“Kita yakin penahanan empat individu berkenaan dapat menyelesaikan lima kes penipuan membabitkan kerugian berjumlah RM595,122 yang sedang disiasat JSJK di beberapa kontinjen.

“Semua suspek yang berusia 26 hingga 39 tahun itu ditahan direman sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Katanya, orang ramai diingatkan agar tidak mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada pihak yang tidak dikenali termasuk membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman sesawang, http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI