fbpx

Mua’llim catat kes tipu dalam talian lebih RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TANJUNG MALIM – Kes penipuan dalam talian di daerah Muallim merekodkan jumlah kerugian tertinggi sebanyak RM233,238 sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, antara laporan yang disiasat membabitkan penipuan pinjaman tidak wujud, Macau Scam dan belian dalam talian.

Menurut beliau, bagi kes tipu pinjaman wang tidak wujud, modus operandinya adalah menyamar sebagai pegawai bank dan menawarkan skim pinjaman bayaran bulanan yang murah.

“Begitu juga dengan penipuan Macau Scam. Sindiket tersebut akan menyamar sebagai pegawai polis atau daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mahupun mahkamah.

“Mereka akan memperdayakan mangsa kononnya memiliki rekod jenayah lampau sebelum meminta wang bagi menyelesaikan kes tersebut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, sindiket belian dalam talian pula melakukan penipuan melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan laman jualan popular. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI