fbpx

MRL rekrut 150 peserta MySTEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) telah merekrut seramai 150 peserta melalui program Short-Term Employment Programme (MySTEP).

Pemilik projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer itu menyasarkan, untuk menambah bilangan peserta kepada 200 orang dalam beberapa bulan akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, program MySTEP merupakan usaha pen­ting untuk mendorong semangat bekerja di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutamanya dalam kalangan belia semasa tempoh pandemik Covid-19.

MySTEP juga bertujuan ­menyediakan peluang pekerjaan secara kontrak dalam pelbagai kemahiran seperti kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal, keselamatan dan kesihatan, persekitaran, reka bentuk dan seni bina, teknologi maklumat serta pentadbiran kepada individu yang berminat.

“Peserta program MySTEP akan dilatih oleh pakar industri dan berpeluang memperoleh pengalaman dalam bidang ma­sing-masing yang mana secara langsung menyediakan peluang kepada peserta MYSTEP me­rintis peluang kerjaya dan prospek di pasaran kerja,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Zuki menjelaskan, bagi memanfaatkan program MySTEP, MRL telah melantik beberapa mentor berpangkat eksekutif kanan dan ke atas untuk setiap peserta MySTEP (mentee) sebagai usaha membantu mereka membina kepercayaan diri dan ketetapan matlamat sepanjang enam bulan atau satu tahun bersama MRL.

Tambah beliau, mentee-mentee tersebut akan menjalani latihan dalaman, latihan praktikal dan peningkatan kemahiran bagi memastikan ­prestasi kerja yang efektif selain dikehendaki menghantar laporan kemajuan kerja setiap suku tahun bagi tujuan pertumbuhan kerjaya.

Sehingga kini, seramai 134 orang mentee telah pun ditempatkan di tapak projek ECRL di negeri-negeri di Pantai Timur sementara 16 mentee lagi ditempatkan di ibu pejabat syarikat di Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI