fbpx

Fazura jual tudung semurah RM27, sempena tarikh lahir, dilamar Fattah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA memasang niat untuk menjual tudung yang mampu dimiliki oleh semua wanita di luar sana.

PETALING JAYA – “Niat saya nak semua pakai dan mampu membelinya.”

Itu yang diucapkan aktres dan usahawan Nur Fazura mengenai penetapan harga tudung jenamanya, Tudung Fazura pada harga bawah RM50.

Jelasnya dalam sesi siaran langsung Instagram baru-baru ini, dia tidak berniat untuk menjual pada harga yang mahal kerana mahu semua wanita bertudung mampu membelinya.

“Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya.

“Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya,” katanya dalam video yang kini tular dalam aplikasi TikTok.

Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin itu, dia tidak menafikan bahawa sebagai usahawan, dia juga memasang niat untuk mendapatkan keuntungan dalam setiap jualan produk yang dipasarkannya.

“Sebagai ahli perniagaan, pasti kita nak dapatkan keuntungan dan buat duit daripada produk yang dijual tetapi seperti yang saya cakap, saya nak semua mampu membeli.

“Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mahal. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah popular meenrusi filem Pisau Cukur itu turut memberitahu harga RM27 diletakkan untuk jenama Tudung Fazura mempunyai nilai sentimental buat dirinya.

“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelahiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” kongsinya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI