fbpx

Dhabitah bekas kekasih saya – Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dhabitah dan Azhar

PETALING JAYA – Selepas dikatakan mempunyai hubungan dengan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, pemain bola sepak Perak FC, Azhar Apandi tampil menafikan dirinya masih menjalin hubungan cinta dengan atlet tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pemain bola sepak berusia 22 tahun itu menjelaskan hubungannya bersama Dhabitah telah lama berakhir.

Pada sama sama, Azhar memohon agar semua pihak tidak mengaitkan namanya lagi bersama atlet negara itu.

“Awak-awak (peminat) semua saya dah lame tak ade kena mengena dengan si dia (Dhabitah), jadi tolong laa hormat saya dengan si dia ya.

“Harap korang semua faham okay. Love u guys,” katanya di laman story Instagram.

Terdahulu, media melaporkan Dhabitah mengakui sudah ‘berpunya’ ketika ditemubual oleh sebuah stesen radio tempatan.

Susulan itu, orang ramai mula mengaitkan atlet itu mempunyai hubungan dengan Azhar selepas tersebarnya gambar sambutan hari jadi bersama.-K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI