fbpx

Penternak rugi, ratusan anak ayam mati dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Kalidas menunjukkan kawasan reban ayam miliknya yang musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Pasir Tengah, Rantau, Seremban, semalam.

SEREMBAN – Seorang penternak mengalami kerugian selepas lebih 100 ekor anak ayam yang baru menetas miliknya mati dalam kejadian kebakaran kandang dan reban di Kampung Pasir Tengah, Rantau petang semalam.

S. Kalidas, 38 berkata, ketika kejadian dia keluar ke pekan Rantau untuk menjual susu lembu sebelum isterinya menghubungi dan memaklumkan reban ayam yang terletak di belakang rumah terbakar

“Saya kemudian segera pulang ke rumah dan pihak bomba tiba untuk memadamkan kebakaran. Saya tidak sempat menyelamatkan lebih 100 ekor anak ayam yang baru menetas termasuk, turut mati dua ekor anjing peliharaan dan seekor arnab.

“Bagaimanapun, saya bernasib baik, sebanyak 20 ekor lembu sempat keluar dari kandang yang terletak bersebelahan, bomba juga sempat memadamkan kebakaran daripada mengenai kandang, jika tidak mungkin kerugian saya lebih besar,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI